Story of my life

☁ Home ☁ Biography ☁ Facebook ☁ Twitter ☁ Instagram ☁
disclaimer
"No matter what, i would like to chase my dream first. Never forget who i was, never forget my family, and always seeks Allah helps. Always"
Click This


Tagboard


Memories

Friends

☁Zulfa ☁Myra ☁Afifah ☁Nerdy ☁Jassarah ☁Asmiza

Credit

Skin by → Puteri Azwa Wawa
Html code → Puteri / Puteri.Puteri
Images from → weheartit.
KeperibadianWednesday, 14 September 2016 leave me ♥?

Keperibadian

Assalamualaikum 

Apa khabar semua? Alhamdulillah Puteri masih dikurniakan nafas di dalam zahir Islam.

Puteri ada seorang kawan. Tapi puteri tak nak bagitahu nama dia so puteri gelarkan dia ' comel ' dan dia seorang lelaki. Puteri nak cerita tentang keperibadian dia yang Jujur buatkan Puteri tertarik dengan dia.

Comel ini seorang yang HUMBLE. Dia sangat merendahkan diri. Dia tak menunjuk. Apa yang dia ada, semua dia tak menunjuk.

Second, dia jaga iman dia, dia jaga hubungan dia dengan Allah. Itulah yang membuatkan puteri lagi tertarik dengan dia. Dia selalu ingatkan puteri tentang solat. Dan puteri sendiri nampak dengan mata puteri yang dia jaga solat dia. Dia selalu solat sunat bila dah selesai solat fardhu Maghrib.

Third, Laungan azan. Ya Allah sungguh merdu suara dia. Ini sebab utama kenapa Puteri tertarik dengan dia. Setiap kali dia azan, Puteri mesti senyap dan senyum seorang diri.

Fourth, dia seorang yang periang,friendly macam puteri. Dan disebabkan dua dua friendly lah kami masih berhubung dari awal pengenalan kami sehinggalah sekarang.

Fifth, dia pandai mengambil hati. Puteri tak tahu kenapa setiap kali puteri marahkan dia, mesti ada sesuatu yang membuatkan puteri tak jadi nak marahkan dia. Mungkin sebab dia terlalu comel bagi puteri? Hihi

Sixth, suaranya lembut. Dia bila berkata-kata lembut je. Senyumannya yang manis.

Seventh, dia teramat baik. Kawan dia selalu kata yang dia teramat baik. Adakalanya kalau di asrama tu, comel tolong kawan dia lipatkan baju, angkatkan baju kawan dia di ampaian. Mereka macam saling melengkapi. And from that point yang kawan dia cerita macam macam pasal dia tu, " i see the gold shines in him"

Rasanya sampai sini dulu cerita puteri kali ini, selamat membaca semua. 💕

kolejWednesday, 20 July 2016 leave me ♥?

Assalamualaikum.

Hold It TightTuesday, 7 June 2016 leave me ♥?


Assalamualaikum ❤️

Nak tahu mana datangnya bahagia tu?
Meh sini dekat saya nak cerita.

Bahagia tu datang apabila kamu mengikut segala hendak-NYA

Perkara yang penting dalam mencari bahagia ni, kita kena dapatkan redho Allah. Tapi macam mana? Kita tunaikanlah solat lima waktu kita. In sha Allah lepas solat tu, kamu pasti tenang.

Kedua, lepas kamu solat.. Kamu duduk dan berbual lah dengan Pencipta kamu. Iaitu Allah SWT . Biarpun kita tak dengar akan suaranya. Tapi yakinlah, Allah ada depan kita sedang mendegar segala apa yang kamu luahkan. Percaya dan yakin dengan-Nya. Kerana DIALAH pendengar yang terbaik 👌🏻. Yang mengetahui segala isi hati kita, 💖apa yang kita rasakan.

Marah. Ya Marah.😡
Kalau kamu tengah marah, cuba lawan amarah tu dengan sebuah senyuman ☺️ sambil kamu beristighfar di dalam hati ❤️ . In sha Allah tenang. Lain daripada itu, masa kamu marah, duduk sambil tangan di dada katakan " tenang wahai hati " . 🤗 Kawal marah dengan sekuntum senyum dibibir kamu yang comel itu. 💋

Tak peduli akan hal lain yang remeh.
Okay contoh la kan, kamu dgn kawan kamu bergaduh tentang perkara yang kecil, kamu tahu akan hal itu adalah sebuah hal yang remeh tapi kenapa perlu kamu ambil peduli?  Kenapa perlu dipanjangkan hal itu sedangkan perkara itu boleh diselesaikan dengan masa yang singkat?🤔
Untuk elakkan perkara tu berlaku. Kamu maafkan. Kamu mengalah. Mengalah tak mengatakan kita lemah. 🙎🏻 Tetapi tanda kemenangan 💪 kita dengan ego kita. Alhamdulillah 🌸

Orang sekeliling.👥
Cuba kamu lihat orang sekeliling kamu. Boleh kamu bersangka baik dengannya? Boleh? Okay cuba kamu bayangkan pula kalau orang tu melihat👀 seorang yang bukan mahramnya dengan pandangan yang agak 'mengancam' walhal di sedang berpakaian sopan. Apa kamu yang kamu rasakan ketika itu mengenai dirinya? Mesti kamu terfikir akan tindakannya yang kurang sopan tadi dan terus kamu katakan ' dia (lelaki/perempuan) tiada guna sedangkan dia berpakaian sopan ' bukan?
Nahhh disitu silapnya☝🏻️. Kamu bersangka buruk terhadap orang sekeliling kamu. Mungkin iainya boleh dijadikan fitnah bila kamu tak tahu akan perkara yang sebenar tentang orang itu sebentar tadi. Mana tahu dia selalu ke masjid untuk solat berjemaah?
Pengajarannya.. Bersangka baiklah terhadap orang sekeliling kamu ya? Tapi dah kalau dia penjahat. Perpada-pada lah fikirannya ya? 👅

" amalkan surah al-naml ayat 30 hingga 31. In sha Allah ada perkara yang ajaib akan berlaku terhadap diri kamu " - ustazah (ceramah)- *hehehe saya tak ingat nama dia.

Puteri

FUTURE
PAST